05 March 2013

Prosedur Kahwin... Rumit tapi "BEST"... :)

Assalamualaikum....

Menanti hari bergelar suami, waduh2, antara tanggungjawab dan amanah 
yang BERAT yang perlu aku pikul..... 
tet.. tet.. tet....

Untuk BERKAHWIN, perkara pertama yang perlu di buat adalah: 

1) AMBIL KURSUS KAHWIN

Ahad (3.3.13), tarikh abis kursus pra-perkahwinan selama 2 hari di Kulim, bayaran RM80 seorang... 
Dengaq kata, kursus selepas ni akan lebih skema:
- akan ada ujian sebelum dan selepas
- akan dipanjangkan tempoh

Pihak pengurusan hanya menunggu arahan jea..

Okeh, bila dah ambil kursus kahwin, anda perlu

2) AMBIL BORANG NIKAH DAN BORANG HIV 
(mengikut negeri masing2 berdasarkan alamat di IC)

Jika di Negeri Pulau Pinang, borang2 ini boleh di ambil di Pejabat Agama yang berhampiran..

Nak tgk gambar :)

Borang Nikah

Borang HIV 


Kemudian, anda perlu pergi ke Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk
periksa HIV dan thalasemia...
Darah sebanyak 1-3mL akan di ambil, dan keputusan boleh di ambil dalam 15 minit, borang Ujian darah tadi akan di simpan rapi dalam sampul surat macam nie...




Untuk pengetahuan, sebagai contoh:
Suami orang Kedah, Isteri orang Pahang

Si suami perlu mengambil borang nikah di Kedah, lengkapkan dan akan dapat surat kebenaran berkahwin dari pejabat agama kedah.. 
Kemudian, borang yg lengkap tadi perlu diserahkan kepada Isteri di Pahang..

Maknanya, isteri perlu menunggu borang si suami LENGKAP terlebih  dahulu
baru akan dikepilkan sekali borang si isteri utk di diserahkan
di pejabat agama di mana isteri menetap...
Paham? :)

So, bila semua dah lengkap, bila pi hantaq borang nikah (jika di Pulau Pinang), anda akan ada sesi temuduga, nak tau apa soalan yang di temuduga..?

ni dia.....

tapi sesi temuduga ini mengikut negeri, ada negeri yang tak perlu temudga...



Okeh, sampai sini je, Insya"Allah di permudahkan segala urusan :)

opps, gambar (",) tgh ralit mengisi borang, HAHA...




Doakan kami BAHAGIA dan kekal sehingga akhir hayat, aminnn :)


15 comments:

nick izzatie said...

rumit jugak ye proses nk kawen,,,,,

Thirah said...

sweet nye pic tunang...;)

Amin Zaki said...

banyak proses nak kawin, pic tunang mesti la sweet, heeh...

chanz said...

contoh najis mugholazah tak ade? hahaha...

Saif As-Solihin said...

Amin Zaki: saya nak tanya beberapa soalan mengenai nursing... lgi2 di UPM... tapi macam mane saya nak berhubung dgn Amin....? harap dpt balas komen di blog saya. :D

Unknown said...

Nk ambik borang nikah kne bwak borang kursus khwen ke?

Amin Zaki said...

tak perlu ada sijil kursus kawin pun kalau nak ambil borang nikah, bila nak hantar WAJIB di sertakan sijil kursus kawin... :)

farysa said...

Possible tak kalau A Kedah B Pahang, nak kawen di KL, so nak buat ujian hiv dua2 dkt kl?borang boleh ambik dkt hspital kl ke atau still kena guna borang yg pejabat agama tu?

Amin Zaki said...

terpulang tempat mana si perempuan nak akad nikah, kalau nak akad nikah di KL, ambil borang di KL.. sila rujuk kembali pada pejabat agama negeri masing2 ya.. borang HIV terpulang pada negeri, ada negeri yang beri borang HIV, ada yang tak.. contohnya, cousin saya dari kedah, di sana just pergi klinik berdaftar, mereka dah ada sedia borang utk ujian HIV...

Infinite-infO said...

Salam ..nak tnya skit..sy bkal bekhwin hjung thun ni..decide pun last2 minit jgk..sy (lelaki) asala kedah.. n bkal isteri orang pahang..n akad nikah di pahang..sekarang dua2 bekerja di KL..boleh x sy amik je borang kebenaran berkahwin di KL je?sbb klu nak blik kedah agak jauh n masalah masa..

Unknown said...

info berguna,thanks!

Afiq Afifi said...



--rumit pula nak kahwin--

Afiq Afifi said...

assalam.
sy asal sabah.
skrg menetap di selangor. ingin berkahwin dgn calon yg asal & menetap di Melaka.
For my part, borang nikah wajib dari Sabah juga or boleh diambil di negeri Selangor, negeri yg sy menetap sekarang?
pls reply a.s.a.p

idolamu said...

Askum..emm bgus jgk ade isu nie..saya nk tnye bab borang nie...sekiranya klu ade pihak lain yg ambk borang nikah blh ke?? Cntoh mcm phk lelaki wakil kn ayah phak pmpoan yg ambk...

Amin Zaki said...

Infinite-infO: borang nikah ambil berdasarkan alamat IC, jika alamat IC anda Kedah, kena ambil borang di Kedah juga la...

Afiq Afifi : sama macam kes di atas, borang nikah berdasarkan alamat IC, kalau nak ambil borang di selangor boleh, kena buat IC baru la, itu yang saya tahu.. berdasarkan pengalaman, saya orang kedah, saya nak ambil borang Penang sebab menetap di Penang, tapi tak boleh sebab IC saya alamat kedah...

Idolamu: borang nikah sapa2 pun boleh ambil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...