23 June 2013

Pulau Pinang Juara Liga FAM 2013...!!


Haria Penang Haria..!!

Tudia, sapa penyokong Penang mesti tau slogan kat atas tu... Haha..

Penang SAH bergelar Juara Liga FAM 2013 dan seterusnya akan 
bermain di Liga Perdana 2014..

Setelah 2 tahun menyepi di arena bola sepak Malaysia, Pulau Pinang kembali..

Mau gambaq..? sabaq, bawah ada banyak, kita cerita pasai sejarah Penang dulu :)

Pulau Pinang bermain di stadium Bandaraya tahun ini. 
Mendapat semangat tahun ini apabila bekas lagenda Pulau Pinang,  Merzagua Abderrazak
kembali menyertai pasukan Pulau Pinang bagi menjadi ketua jurulatih.

Hampa nak tau tak (tudia, pekat bukan main, haha), Penang ada penyokong yang begitu setia 
berada di belakang pasukan meskipun pasukan Pulau Pinang jatuh merudum ke 
Liga FAM (liga ketiga selepas liga perdana dan liga super). 

Sapa depa tuu..? Depa dikenali dengan nama ULTRAS PANTHERS..!! 
Ni dia gambaq depa.. 



Sapa pemain yang memainkan peranan penting dalam skuad 2013 nie..?

jeng Jeng jeng...

Norizam Salaman, Bashier Napae, Elias Sulaiman, Suhaidi Akmal, Ismail Suboh, 
dan banyak lagi la......

Dah, banyak dah cakap, ni dia gambaq kat stadium ari tu... :)




dan last.......
Bargambaq kenang-kenangan dengan adik no-3, hehe.....




Haria Penang Haria....!!!!


Sapa nak tau lebih lanjut, sila lihat web ini: Haria Penang 69

15 June 2013

Nikah 24.5.2013

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, selesai dah semuanya..

Selesai apa..? Jeng jeng jeng...

Selesai sudah Majlis Nikah, Walimatul Urus pihak perempuan dan lelaki...

Syukur, akhirnya dah menjadi suami orang, tapi kena INGAT

tanggungjawab lagi berat lepas nie :)


Gambar nikah 24.5.2013 :)


Aku terima nikhanya _________ dengan mas kawin _____.

Sah? 
...........

SAH..!  :)


Lepas akad nikah, kena baca taklik dan serah tanggungjawab... :)


dan akhirnya.....................


Doakan kebahagiaan kami... :)


05 March 2013

Prosedur Kahwin... Rumit tapi "BEST"... :)

Assalamualaikum....

Menanti hari bergelar suami, waduh2, antara tanggungjawab dan amanah 
yang BERAT yang perlu aku pikul..... 
tet.. tet.. tet....

Untuk BERKAHWIN, perkara pertama yang perlu di buat adalah: 

1) AMBIL KURSUS KAHWIN

Ahad (3.3.13), tarikh abis kursus pra-perkahwinan selama 2 hari di Kulim, bayaran RM80 seorang... 
Dengaq kata, kursus selepas ni akan lebih skema:
- akan ada ujian sebelum dan selepas
- akan dipanjangkan tempoh

Pihak pengurusan hanya menunggu arahan jea..

Okeh, bila dah ambil kursus kahwin, anda perlu

2) AMBIL BORANG NIKAH DAN BORANG HIV 
(mengikut negeri masing2 berdasarkan alamat di IC)

Jika di Negeri Pulau Pinang, borang2 ini boleh di ambil di Pejabat Agama yang berhampiran..

Nak tgk gambar :)

Borang Nikah

Borang HIV 


Kemudian, anda perlu pergi ke Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk
periksa HIV dan thalasemia...
Darah sebanyak 1-3mL akan di ambil, dan keputusan boleh di ambil dalam 15 minit, borang Ujian darah tadi akan di simpan rapi dalam sampul surat macam nie...




Untuk pengetahuan, sebagai contoh:
Suami orang Kedah, Isteri orang Pahang

Si suami perlu mengambil borang nikah di Kedah, lengkapkan dan akan dapat surat kebenaran berkahwin dari pejabat agama kedah.. 
Kemudian, borang yg lengkap tadi perlu diserahkan kepada Isteri di Pahang..

Maknanya, isteri perlu menunggu borang si suami LENGKAP terlebih  dahulu
baru akan dikepilkan sekali borang si isteri utk di diserahkan
di pejabat agama di mana isteri menetap...
Paham? :)

So, bila semua dah lengkap, bila pi hantaq borang nikah (jika di Pulau Pinang), anda akan ada sesi temuduga, nak tau apa soalan yang di temuduga..?

ni dia.....

tapi sesi temuduga ini mengikut negeri, ada negeri yang tak perlu temudga...



Okeh, sampai sini je, Insya"Allah di permudahkan segala urusan :)

opps, gambar (",) tgh ralit mengisi borang, HAHA...




Doakan kami BAHAGIA dan kekal sehingga akhir hayat, aminnn :)


12 February 2013

Tunang..??


Assalamualaikum, rasanya dah lama tak update kat blog nie....

Alhamdulillah, sekarang ni dah sambung master di UPM (dah tukar lari dari bidang NURSE, hehe), insya'Allah tahun depan tamat belajar...

Orang kata tunang just panggil orang yang terdekat jea, so skarang ni bz ngan persiapan utk majlis pertunangan pada sabtu, 16.2.13 nie...

Doakan yang Terbaik, insya'Allah....

psssttt:


Yang mana satu, idaman kalbu, HEhe..... <3 br="">




25 July 2012

Orang Thailand AMAT SOPAN..!

Assalamualaikum.....

Rasanya dah lama tak update blog nie, kebetulan ada masa lapang nie, rasa nak update la skit...

Baru 3 hari lepas balik dari Hospital di Thailand, sebulan kat sana, macam2 pengalaman yang diperolehi...

- Mereka amat agungkan BAHASA mereka, sehinggakan borang2 yang asalnya dari Bahasa Inggeris, kesemuanya di tukar ke dalam bahasa mereka..

- Mereka amat sopan dan berbudi bahasa, tak pernah langsung 'tensyen' dalam berkerja, dan setiap kali berjumpa dengan orang lain, tak pernah lekang mengucapkan "SAWADIKAP" (salam sejahtera) dan sering mengungkapkan "KOP KUN KAP" (terima kasih) untuk menghargai seseorang...

- Pernah satu hari tu naik "song taew" (gambar di bawah), mereka akan mengutamakan perempuan, orang tua, orang mengandung untuk duduk, betapa mereka menghormati orang lain....

- Walaupun ada sedikit batas dalam percakapan, tetapi mereka sering senyum dan cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan kami (kalau kita jumpa org putih, kompem lari, tapi tak semua la)....

- Bahasa mereka sangat lembut, cara mereka menghormati orang luar yang datang ke Thailand amat di kagumi..

Apa2 pun, yang baik di ambil pengajaran, yang kurang baik di jadikan sempadan..... 
  Gambar menceritakan segala2nya :)

Song taew




Akhir sekali, SELAMAT BERPUASA..!



16 September 2011

!!<. Selamat Hari Raya Aidilfitri .>!!




Saya di sini ingin mengucapkan Selamat hari Raya, Maaf Zahir & Batin..

(",)

11 June 2011

Entry terakhir: Insya'allah, mai baca buku nie....

Assalamualaikum & SaLam sejahtera...

Macam biasa, taknak taip panjang2,
nak promote kat korang, baca la buku nie, hee...

Di tulis oleh Abu Mustaqim Al-Qadli..

Insya'allah, kita dapat mengenal dengan lebih dekat alam kubur
dan peristiwa2 besar yang berlaku di dalamnya...

Dalam buku ini juga di sebut tentang 5 racun dan
juga penawarnya (dikisahkan dalam hadis);

1. DUNIA adalah racun, sedangkan ZUHUD adalah penawarnya...
2. HARTA adalah racun, sedangkan ZAKAT adalah penawarnya...
3. BERBICARA adalah racun, sedangkan BERZIKIR adalah penawarnya...
4. UMUR adalah racun, sedangkan TAAT kepada ALLAH adalah penawarnya..
5. SELURUH TAHUN adalah racun, sedangkan BULAN PUASA adalah penawarnya...


Rasulullah bersabda,"Pada hari kiamat nanti, kaum dan umatku
dikumpulkan menjadi 12 bahagian,".

Antaranya ialah,
"Mereka dikumpulkan dengan memakai celak dari tembaga merah. Mereka ini adalah orang2 yang tidak menjauhkan diri dari perbuatan ghibah (mencari kesalahan org lain)"

Dijelaskan ALLAH dan firmanNya:
"Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengunjing sebahagian yang lain". (QS. Al-Hujurat:12)


Sebenarnya dah lama terfikir,
Untuk sekian lama luangkan masa di sini,
Amin Zaki nak berehat dari dunia BLOG,
(Nak habiskan baca buku kat atas nie, heee....)

Insya'allah, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...

SaLam Ukhuwah..

Assalamualaikum.... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...