
Tak mustahil dalam jangka masa panjang kita akan lihat nama MALAYSIA bersaing dalam perebutan untuk piala yang paling di idam2kan di dunia...!!
Dengan kemenangan dan juga pengalaman yang di tagih oleh generasi2 muda pemain muda negara, TAK mustahil skuad bola sepak kita akan ke Piala Dunia satu hari nanti......
Tapi jangan lupakan pemain2 senior, pengalaman mereka amat berharga dan di tagih oleh pemain2 muda....
Nama seperti Akmal Rizal (Perak), Indra Putra Mahyuddin (Kelantan), Hardi Jaafar dan Liew Kit Kong (Selangor), Syamsuri Mustafa, Andrag Victor dan Fauzi Nan (Kedah), Azlan Ismail, Eddy Helmi Abdul Manan dan banyak lagi, mungkin akan dapat memantapkan lagi skuad jentera negara.....
Pemain2 muda yang berpotensi menyarung jersi negara antaranya, APEX a.k.a Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Amirul Hadi Zainal, Khayril Muhaimin, S. Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha, Muslim Ahmad dan lain2....
Gambar (kanan), Badhri Radzi (Kelantan), antara pemain yang layak menyarung jersi negara, dengan sepakan percuma yang menggerunkan kubu lawan, hantaran yang tepat dan juga kapten yang berdisiplin, tak mustahil akan di panggil bermain mewakili negara.....
Pesanan kepada Ketua Jurulatih Negara, K. Rajagopal, jangan lupa untuk terus memantau pemain2 yang layak menyarung jersi MALAYSIA dari masa ke semasa......
Majulah Skuad Bola Sepak Negara, MALYSIA BOLEH....!!!!