22 May 2011

ReView FiLem NUR KASIH.....!


Assalamualaikum... Dah lama kiranya Amin Zaki tak menulis nie, hehe.... wokeh, ari sabtu ari tu p la tgk Filem Nur Kasih ni dgn My VoCheLLe (.......??), hehe....

Kredit untuk Hakim Jalil
(awal bebenor kome review filem nie ea, hehe)

Ok, filem ni start dgn babak yang sedih, di tambah lagi pulak dgn watak Ilyas yg slalu jea nak beremosi dgn ayahnya, Aidil...

Ada banyak pengajaran yang cuba di ketengahkan oleh Khabir Bhatia dalam filem nie..

Salah satunya babak ustaz dgn Adam, kita jgn cepat menilai seseorang, berdakwah tak memilih orang, tak semestinya org yg sosial, tak pakai tudung tu jahat, tak, kita perlu berfikiran terbuka, bawa mereka ke jalan yg benar, Insya'allah, Allah s.w.t buka hati mereka..
(alamak, TERemosional la pulak, hehe...)


Jehan Miskin pun muncul sekejap jea dalam filem nie, menawarkan projek pada Nur Amina untuk designkan kelab malam, tapi d tolak mentah2....

Ada part2 yang sedih, ada jugak part2 aksi (keratapi berlanggar, tembak menembak, bergaduh)...

Sinematorgafi memang lawa (Khabir memang PAKAR dalam bab2 nie), lagu2 yang mengiringi filem ni pun agak sesuai, menambahkan lagi emosi penonton... Korang jgn risau, ada jugak d selitkan part2 yang lawak (budak arab tu asyik pakai cermin mata ja walhal dah malam kot, haha...)

Ending ni mcm mana nak cita ea, erm, kiranya, Cinta Nur Amina pada Adam sampai ke penghujung nyawa, part yang mana kemunculan Norman Hakim (Ilyas waktu dewasa), Dato' Rahim Razali (Aidil waktu tua), Mariam dan babak ending yang sedih.....

Ha, sape2 yang tak p tgk lagi Filem Nur Kasih nie, Pi la tgk cepat2 kat pawagam ya, rasai sendiri kehebatan filem cinta melayu, SOKONGLAH INDUSTRI TEMPATAN....!! (",)

Mengejar CINTA yang sebenar, Membina sebuah Keluarga yang di Redhai, Insya'allah.. :)

9 comments:

haslinda said...

cam best je.kena tengok jugak ni...
thanx follow kte...

gplovers said...

dah tgk dah..x)

chanz said...

aha ada kredit!! cess tgk dgn ur vochelle eh.. susah gua nya long distance

Amin Zaki said...

hakim: haha, ko tak rancang awai2, takpe2,nanti kita p tgk movie len lak, hehe....
thanks komen, mai follow mai, hehe....

schasya said...

da tgk daa.. nanges kot mse nk ending 2.. wat saspen betul ..

mr E oSk gurL said...

x sabar nye nak tgk....geram2 je tgk trailler citer ni kat tv...=)

Amin Zaki said...

cepat p tgk, rugi woooo kalau tak tgk movie nie, huuuu

syrupmasin said...

ramai yg kate cerite nih best kan..perempuan mesti gile bnyak nangis tgk cite nih :D

Amin Zaki said...

hehe... p la tgk dulu, baru nangis, hehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...