28 May 2011

"Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia"




Tu dia, dia mai dah, hehe....

Okeh, kali nie Amin Zaki nak join contest nie lak, "Blog Pilihan Malaysia", mai cepat join, tamat hujung bulan Jun nanti.... Sesape nak join, klik jea gambar kat atas tu ya....

Banyak kategori yang dipertandingkan dalam contest nie, Amin ZAki pilih kategori - "Blog Personal Lelaki Pilihan", (dah macam anugerah Bintang Popular la pulak, hehe.....)

Secara ringkasnya, bLog Amin Zaki sebenarnya dah lama dah wujud, cuma tak berapa nak aktif jea, semenjak 2-3 buLan nie jea baru aktif baLik, huu... Semenjak Join segmen2 dari ABG BEN, dah berTambah follower (thaNks ya, hehe.....)

Macam BiaSa, kaLau Amin Zaki tak Letak gamBar tak sah La kan, hehe.....
okeh, ni GamBar pasPort Amin Zaki Dari Darjah 6 samPai La seKarang, heHe.....

Ni masa Darjah 6 (SK Kampung Jawa, SK Alma, SK Alma Jaya, SK Jawi)



Masa Tingkatan 3 (SMKA Nibong Tebal)



Tingkatan 5 (SMKA Nibong Tebal)


Tingkatan 6 (High School Bukit Mertajam)



UiTM Shah Alam



Masa Kerja as a Staff Nurse, huuu

-
-
-
-
-

Ni pulak Amin Zaki masa......... aLamak, heHe.....

-
-
-
-


Ape2 pun, I LOVE MY FAMILY........ (",)



Thanks Sudi Luang Masa di Sini ya.......
ASSALAMUALAIKUM.....

TAG:
(Hakim Jalil, Umi, Ahmad Hafiz)

26 May 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU


Assalamualaikum, setelah penat berkerja di Cardiac Care Unit (CCU) (ari ni syif pagi), Amin Zaki nak merehat2kan diri dengan join Ben Ashaari punya segmen nie, hehe....

Tak mau citer panjang, sesaper nak join segmen nie, korang klik jea gambar kat atas ye...

Syarat: Follower mesti bawah dari 1000 orang, okeh.. tepat jam 12 tgh malam nie
(26.5.2011, segmen ni akan di tutup)

Marilah kita merapatkan ukhuwah sesama muslim ya..

Kalau Amin Zaki tak letak gambar tak sah, hee... ni gambar masa keja kat CCU, hehe....

Assalamualaikum... :)




24 May 2011

Mai BACA Mai: Malaikat yg datang sebelum Munkar & Nankir

Meh Amin Zaki becerita meh:

Abdullah bin Salam meriwayatkan: Sebelum malaikat Munkar dan Nakir datang maka ada seorang malaikat yang lebih dulu mendatangi mayat.

Namanya Malaikat Rumman.
Ia duduk di sisi mayat sambil berkata:"Tulislah perbuatanmu dari yang baik maupun yang buruk!".

Kemudian mayat bertanya:"Dimana aku hendak menulis? Mana pena dan dakwatku?".

Malaikat itu berkata:"Air liurmu adalah dakwatmu, jarimu sebagai penamu".

Mayat kemudian bertanya lagi:"Di atas apa aku menulis, padahal aku tidak mempunyai buku?".

Malaikat tadi merobek kain kafannya sepotong lalu memberikannya, seraya berkata::"Ini adalah bukumu, dan tulislah".

Kemudian mayat menulis seluruh amal yang pernah dilakukan semasa hidup di dunia tentang kebaikannya. Ketika sampai pada keburukannya, ia terasa malu untuk menulis.

Malaikat lalu bertanya:"Wahai orang yang bersalah, kenapa kamu tidak malu pada zat yang menciptakanmu dalam melakukan keburukan di dunia, sekarang kamu merasa malu padaku". Malaikat itu langsung mengangkat gandanya lalu dipukul pada tubuh si mayat itu.

Setelah dipukul, mayat teruskan menulis keburukannya di dunia. Selanjutnya malaikat memerintahkan mayat untuk melipat bukunya.

Si mati lantas bertanya::"Dengan apa aku perlu untuk melipat dan menjilidkannya?. Malaikat berkata:"Lipat dan jilidkan bukumu itu dengan menggunakan kukumu".

Akhirnya mayat menjilidkan buku catatan amalnya dengan kukunya. Kemudian si mati menggangtungkan buku amalan di lehernya sampai HARI KIAMAT.

Setelah itu, baru Malaikat Munkar dan Nakir datang.

Firman ALLAH S.W.T:
"Dan tiap-tiap manusia telah kami tetapkan amal perbuatanmu (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka". (OS. Al-Isra':13).

Assalamualaikum (",)

22 May 2011

ReView FiLem NUR KASIH.....!


Assalamualaikum... Dah lama kiranya Amin Zaki tak menulis nie, hehe.... wokeh, ari sabtu ari tu p la tgk Filem Nur Kasih ni dgn My VoCheLLe (.......??), hehe....

Kredit untuk Hakim Jalil
(awal bebenor kome review filem nie ea, hehe)

Ok, filem ni start dgn babak yang sedih, di tambah lagi pulak dgn watak Ilyas yg slalu jea nak beremosi dgn ayahnya, Aidil...

Ada banyak pengajaran yang cuba di ketengahkan oleh Khabir Bhatia dalam filem nie..

Salah satunya babak ustaz dgn Adam, kita jgn cepat menilai seseorang, berdakwah tak memilih orang, tak semestinya org yg sosial, tak pakai tudung tu jahat, tak, kita perlu berfikiran terbuka, bawa mereka ke jalan yg benar, Insya'allah, Allah s.w.t buka hati mereka..
(alamak, TERemosional la pulak, hehe...)


Jehan Miskin pun muncul sekejap jea dalam filem nie, menawarkan projek pada Nur Amina untuk designkan kelab malam, tapi d tolak mentah2....

Ada part2 yang sedih, ada jugak part2 aksi (keratapi berlanggar, tembak menembak, bergaduh)...

Sinematorgafi memang lawa (Khabir memang PAKAR dalam bab2 nie), lagu2 yang mengiringi filem ni pun agak sesuai, menambahkan lagi emosi penonton... Korang jgn risau, ada jugak d selitkan part2 yang lawak (budak arab tu asyik pakai cermin mata ja walhal dah malam kot, haha...)

Ending ni mcm mana nak cita ea, erm, kiranya, Cinta Nur Amina pada Adam sampai ke penghujung nyawa, part yang mana kemunculan Norman Hakim (Ilyas waktu dewasa), Dato' Rahim Razali (Aidil waktu tua), Mariam dan babak ending yang sedih.....

Ha, sape2 yang tak p tgk lagi Filem Nur Kasih nie, Pi la tgk cepat2 kat pawagam ya, rasai sendiri kehebatan filem cinta melayu, SOKONGLAH INDUSTRI TEMPATAN....!! (",)

Mengejar CINTA yang sebenar, Membina sebuah Keluarga yang di Redhai, Insya'allah.. :)

18 May 2011

PakaR TinTa CINTA: Semua Rahsia Lelaki & Perempuan TERBONGKAR..!!!


hAri ni Amin Zaki nak promote web nie: Tinta Cinta, hehe....

Kalau sesape yang rasa nak mendalami lagi ilmu cinta nie, boleh la beli buku nie melalui laman web.

Sedikit sejarah latar belakang penulis buku nie: beliau masih lagi belajar di Universiti, dalam masa yang sama beliau berkesempatan untuk menulis buku nie atas dasar pengalaman dan juga kajian2 yang telah beliau lakukan (dasyat nieh).

Ok, secara ringkasnya, buku ni ada 3 siri:

1) Menyelongkar kuasa di dalam diri anda.
2) Bagaimana mahu menawan cinta idaman anda.
3) Membongkar rahsia mengenali diri lelaki


Cepat2, sape tak beli rugi nie, hehe...

Sesape yang rasa nak beli or nak survey2 dulu, Klik SINI untuk tgk web tinta cinta tu or sesape nak tgk Facebook Tinta cinta nie, leh klik SINI ya...

Atau kalau kamu nak bertanya secara langsung dari agen jual buku nie, klik SINI..

Amin Zaki doakan: Semoga berbahagia dengan pasangan masing2 ya...!!

Assalamualaikum... :)

16 May 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA


Lambat bebenor Amin Zaki join GKSB punya group blogger2 utara nie, takpe2 asalkan join, ye tak, hehe.....

Sesape yg nak join (especially dari utara), klik je kat gambar kat atas tu ye, hehe....


Meh nak kenaikan diri: Amin Zaki berasal dari Bukit Mertajam, tapi lahir kat Baling, Kedah. La ni dok kat Alma Jaya.

Anak sulung dari 7 orang adik beradik (ramai tu). Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jawi, pastu p blajaq kat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal (SMKANT)

Pas tu, p sambung lagi blajaq kat UiTM Shah Alam amik Diploma in Nursing , keja sat kat Hospital Lam Wah Ee, Penang sebagai Staff Nurse, pas tu sambung lagi blajaq kat UPM lak dalam Bachelor of Nursing.


Itu ja la kot, kalau nak cita dari kecik sampai besaq, memang tak abis baca sampai pg sok la, hoho....

Nah tgk gambar Amin Zaki masa kecik2 wokeh (comei tak, hehe).....



ASSALAMUALAIKUM :)

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI


Haish, segmen Ben Ashaari mana Amin Zaki boleh lepas, hehe.... Sesape yang nak join segmen ni, klik kat gambar kat atas yea, cepat2, kul 12 malam nie akan tutup segmen nie, huu....

Bicara CINTA:

- Erm, macam mana nak start nie? (idea2), hehe....

- Alhamdulillah, sekarang nie, hubungan Amin Zaki dgn My VoCheLLe dah nak lebih 2
tahun, rumah kami dekat2 jea (kalau jalan kaki ada gak dalam 15 minit, kalau jogging kira 5
minit la, (hehe)

- Kalau boleh tak suka sangat nak heboh2, kawan2 pun byk yg tak tau, senyap2 sudah, lain la
kalau dah kawin, nak heboh satu dunia pun Amin Zaki sanggup (mcm artis la pulok), hehe..

- Nama sebenar My VoCheLLe ialah Nooraziatuliza (panjang bebenor).

- Kenapa panggil My VoCheLLe?? Vochelle tu nama coklat yg si dia suka, hehe...

- Si Dia seorang yg simple, suka pantai, suka char koey teow, sangat2 suka makan IKAN, hoho....

- Apa yang penting, doakan kebahagiaan kami dan semoga berkekalan hingga akhir hayat ya...

- Macam biasala, kalau tak buh gambar tak lengkap la pulak kan, ok la, Amin Zaki kasi satu
gmbar jea la ya (special tuk post nie, hehe), gambar ni kat masa kat Pantai Merdeka:



ASSALAMUALAIKUM.... :)

15 May 2011

SEGMENT BLOGLIST UNTUK BLOG FOLLOWER 300 DAN KE BAWAH

mCm best jea, Amin Zaki nak Join gak La, hee...
Kalau kome nak jOin gak, KLIK gambar kat atas tu...

".....Komuniti blogger di malaysia mestilah bersatu padu , bekerjasama dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain bagi mewujudkan silaturahim yang erat serta perpaduan yang hebat , salam 1 blogger dan salam 1 Malaysia....."

Shah Rukh Khan: King of Bollywood..!!

Baru pas abis tgk TV1, cite dokumentari pasal seorang pelakon terkenal Bolywood, sape lagi kalau bukan Shah Rukh Khan (SRK), hehe.....

Sedikit sebanyak dari dokumentari ni mengisahkan perjalanan hidup SRK, keluarga, filem, dan byk lagi perkara yang kita tak tahu pasal SRK nie...

Lahir pada 2 November 1965, Deewana adalah filem pertama Shah Rukh Khan pada tahun 1992.. (masa tu umur SRK 27 tahun) Klik SINI sejarah hidup Shah Rukh Khan...

Filem Kuch Kuch Hota Hai mengangkat nama Shah Rukh Khan, dan kini dia antara pelakon yang terkenal bukan sahaja di India, bahkan di dunia....!!

Suka tgk Shah Rukh Khan berlakon, best sgt, ape2 filem pun takpe, asalkan Shah Rukh Khan berlakon, hehe... Bagi saja ape watak kat Shah Rukh Khan, mesti jadi punya la...

Shah Rukh Khan tak mcm Salman Khan, sikit2 suka tayang body (adoi2), Amir Khan ok la, tapi Shah Rukh Khan cukup pakej, hoho.... Walaupun skarang ni byk muncul pelakon2 baru, Shah Rukh Khan tak tergugat sikit pun, hehe....



Satu yang nak respek Shah Rukh Khan nie, dia utamakan family.. Walaupun bergelar supestar, apa yang penting adalah FAMILY, yg menjadi tulang belakang hidupnya... SRK berkahwin dengan Gauri pada 1991, dan sekarang mempunyai dua orang anak: Aryan (14 tahun) dan Suhana (11 tahun).



Tahun 2008, Shah Rukh Khan di anugerahkan dengan membawa gelaran DATUK di Malaysia, cerita lanjut klik SINI

Amin Zaki cuma nak ucap, GUD LUCK untuk Shah Rukh Khan...!!! heHe...

11 May 2011

HAPPY NURSES DAY...!! (",)


Selamat Hari Jururawat Sedunia...!!

Saya sebagai salah seorang jururawat lelaki di Malaysia nie berbesar hati nak mengucapkan Happy Nurses Day (12 Mei) kepada semua nurse2 di MALAYSIA..!!

Setiap tahun Jururawat akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi meraikan hari ini... Masa saya keja dulu, kami anjurkan hari sukaneka (perlawan antara wad), hehe... Setiap Nurse di Hospital saya dapat Beg sempena Nurses Day nie, hehe...

Tema pada tahun ni berdasarkan kpd International Nurses Day ialah Closing the Gap: Increasing Access and Equity (Rapatkan Jurang: Tingkatkan peluang utk dekati pesakit dan tingkatkan kesaksamaan.).

Kekurangan jururawat masih tak dapat d atasi... Nisbah jururawat di Malaysia pada 2006 ialah 1:559 (1 nurse bersamaan dengan 559 pesakit). banyak kami kena jaga tu, huhu....

Bersama dengan itu, saya sertakan gambar masa saya keja dulu (chewah), hehe....

Ni gambar ngan akak2 nurse masa keja dulu...


Gambar kat carta organisasi pn ambik gak, haha....

Gmbar bawah: Ni la name tag yg d sayangi, huuu...


Ape2 pun, d nurses day nie, saya nak ucapkan, selamat maju jaya pada semua nurse2 d Malaysia, beri servis yg terbaik pada pesakit2 anda, tanpa nurse, hospital tak boleh berfungsi dengan LANCAR, begitu pentingnya peranan kami pada masyarakat, CHAYOK2....!!

HAPPY NURSES DAY...!!

07 May 2011

Review Filem SERU....!!


Walaupun balik Penang 3 hari ja, sempat lagi aku tgk wayang dgn fmly, hehe...

Kali ni cerita SERU lak, agak menyeramkan.... filem ni lain daripada yang lain, yang mana lebih tertumpu kepada krew2 di lokasi yang di ganggu...

Permulaan cerita agak drastik, terus ke babak seram... watak2 seperti pieree andre, nora danish n awal ashaari hanya sampingan jea...

Filem ni lebih tertumpu pada krew d lokasi pengambaran, d mana ada jea rasukan, byk gak babak suspen (sampaikan adik aku kat sebelah jerit kuat giler), haha....

Cuma cara filem ni d bawa agak memeningkan penonton, tetapi pujian harus d berikan, konsep filem nie agak berlainan berbanding filem2 seram yang lain...

Boleh tahan seram gak la, byk babak2 suspen.... bersedia la korang dgn babak suspen yang tak d jangka dari filem nie ya, hehe... kalau korang nak tau dgn lebih lanjut (sinopsis), bolehlah klik sini.... erm, amin zaki kasi 3 bintang dari 5 la, hehe...


06 May 2011

TerBaik la REMY ISHAK......!!


Haha... Baru abis tgk cerita cun (lambat tol aku nie), tp at least, tertunai gak niat aku walaupun tak sempat nak tgk kat wayang.....

Nak respek ar Remy Ishak, suka tgk dia berlakon, ape jea watak yang d beri pada dia, semua menjadi..... suka dengaq dia cakap utara, jadi la pulak, haha....

Walaupun karier remy bermula agak lambat, tp d sebabkan bakat semulajadi yang ada pada dirinya membuatkan Remy cepat mendapat tempat dalam dunia seni tanah air....

Paling tak sabar nak tunggu 19 Mei ni, tak lain tak bukan filem Nur Kasih The Movie, hehe..... ape lagi kejutan yang akan kita dapat dari filem tu....

sapa2 nak tengok serba sikit sejarah hidup Remy Ishak, leh klik kat sini

ape pun, semoga maju jaya kepada Remy Ishak dalam menempuh dunia seni, gosip2 tu besala, dah nama artis, haha.... assalamualaikum... :)

01 May 2011

WAJIB tengok video nie dan nilai sendiri...





Assalamualaikum... ada sape2 pernah tgk video nie..? Mungkin ada d antara kita yang dah tgk video ni sebelum nie... saya tengok video ni pun dari saudara Faris di facebook...

Apa yang pasti dari video ni, sejarah dah berubah segala2nya.... kita telah di kaburi dengan fakta2 yang agak bercelaru sejak dari dulu lagi, hingga sekarang tiada siapa yang berani untuk mempertikaikannya....

walau bagaimanapun, kaji dulu video ini dan anda perlu menilai sendiri ape yang anda paham dari video ini.... kalau video di atas still tak boleh tgk, cuba klik di sini (masukkan akaun fb anda)

Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan perkara tersebut adalah selemah-lemah iman," (Riwayat Muslim)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...